Tuesday

Kisah Kejayaan Dato' Jimmy Choo









Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo
  • Dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen.
  • Mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.
  • Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
  • Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.
Siapa yang tidak kenal dengan figura terkenal ini?
Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.
Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya.
Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
 Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.
Kini jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).
STAIL PENGURUSAN
Datuk Jimmy Choo adalah pengurus atasan. Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Beliau juga yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari hasil titik peluhnya. Sebagai pereka kasut dan beg tangan, beliau juga perlu memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.
Peranan Jimmy Choo dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut Mintzberg iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, dalam hubungan interpersonal iaitu sebagai ketua, pemimpin dan orang yang berhubung dengan pihak luar. Sebagai ketua, Datuk Jimmy Choo perlu melaksanakan tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Contohnya, Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana. Oleh itu jugalah Jimmy Choo merupakan pereka kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.
Kedua, Jimmy Choo juga bertindak sebagai pemberi maklumat iaitu memantau dalam syarikatnya, sebagai penyebar dan jurucakap. Sebagai penyebar, beliau perlu mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran baru butiknya, membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat pelanggan. Manakala sebagai jurucakap pula, Jimmy Choo perlu mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada media massa, media cetak mahu pun media elektronik mengenai barang keluarannya.
Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangannya juga, beliau perlu mengadakan media konferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut. Sebagai contoh, Datuk Jimmy Choo mendapat anugerah OBE iaitu “Order of the British Empire” daripada Permaisuri England, Queen Elizabeth II. Dalam sebuah temu ramah, Datuk Jimmy menceritakan dia membaca perutusan daripada Queen Elizabeth untuk menerima anugerah tersebut sambil tangannya terketar ketar. Namun, hasil kesungguhan beliau yang selama ini menubuhkan syarikatnya membuat beliau berkeyakinan untuk menerima anugerah tersebut.
Ketiga, Jimmy Choo merupakan pembuat keputusan di dalam butik atau syarikatnya. Beliau adalah usahawan iaitu beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk syarikatnya, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti barangan rekaannya. Beliau juga bertindak sebagai penyelesai gangguan dalam syarikat. Contohnya, jika ekonomi merosot beliau perlu memikirkan cara-cara untuk mengatasinya. Beliau juga turut berperanan sebagai pengagih sumber iaitu langkah-langkah untuk membelanjakan sumber ke arah mana sama ada ke bahagian pemasaran atau pun bahagian pengurusan dan bahagian-bahagian lain. Sebagai pembuat keputusan, beliau turut mengambil peranan sebagai perunding. Beliau perlu berunding dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka untuk menghasilkan rekaan yang terbaik. Beliau juga akan memberi pendapat beliau kepada pelanggannya mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut. Peranan Jimmy Choo sebagai perunding amat penting kepada pelanggannya untuk mereka membuat keputusan.
CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT
Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri. Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya.
Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di London selama empat tahun. Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.
Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.
Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.
Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.
Walaupun beliau mengecapi kejayaan dan menikmati hidup yang mewah di London, namun hati beliau tetap di Malaysia. Ini dapat dilihat ketika beliau berucap di majlis-majlis umum di mana beliau sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh semangat. Malaysia masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat percutian. Antara sebab-sebab beliau memilih Malaysia adalah kerana keramahan masyarakat Malaysia sendiri dan juga pantai-pantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak tercemar serta alam sekitarnya yang tenang. Beliau juga pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke tempat asalnya di Pulau Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala Lumpur. Pada pandangannya, kota yang sedang membangun dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh bertenaga serta turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.
Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.
Baru-baru ini beliau bersama-sama duta makanan Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dianugerahkan Anugerah Khas Kementerian Pelancongan kerana mempromosikan Malaysia di luar negara. Kedua-duanya menerima trofi daripada Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 dan 2011 yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun.
Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut di Malaysia, di mana status ikonik beliau sering membangkitkan inspirasi kepada pembuat kasut tunas dan pereka fesyen.

Sumber Rujukan: http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-kejayaan-datuk-jimmy-choo.html


3 Strategi Perniagaan Steve Jobs




http://scm-l3.technorati.com/11/08/25/50039/steve-jobs.jpg?t=20110825003357



1. Fikir berbeza
Slogan apple satu masa dulu adalah "Think Different". Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat. 

Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

2. Komunikasi dalam perniagaan
Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya. 

Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

3. Keep it simple
Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan 'simplicity' dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!

Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep 'simple', dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.


Sunday

Suri Rumah Dan Blog Perniagaan



.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipsvCGLWq_2ITZzRCT2rVDSrWFpEVaAsKrt-eFxOEH91X_xOBDLlNRHpXNmQxIFcrBk9NsJgIkoTVk1QYfsjfzG_h7tXEsQc0aCTf_E3fU0uwqCRk4M8Kao7WS1MfTuzOCiux_KnueVC1L/s320/in_04.1
.
Menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga.
.
TANGGUNGJAWAB sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan kebijaksanaan dalam pembahagian masa dan komitmen, terutamanya bagi golongan yang bekerja.

Jika dahulu, ibu yang tidak bekerja digelar suri rumah sepenuh masa dan lazimnya bergantung pada sumber kewangan suami. Tetapi kini, menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga. Terima kasih kepada dunia Internet yang penuh dengan 1001 peluang untuk menambah pendapatan.
.
Bagi Sabariah Mohd Norahim, 31, meninggalkan profesion sebagai jurutera rangkaian komputer di sebuah syarikat multinasional terkemuka di tanah air bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat.

Namun keutamaan terhadap keluarga dan keinginan untuk melihat anak membesar di hadapan mata sendiri membuatkan Sabariah tekad meninggalkan dunia pekerjaan itu.
.
"Sebelum saya buat keputusan untuk berhenti kerja, pelbagai kajian telah saya jalankan tentang wanita yang bekerja dari rumah. Ini termasuklah produk-produk dan perkhidmatan yang lazim ditawarkan dan cara mereka menjalankan perniagaan," jelas Sabariah.
.
Menggunakan perkhidmatan blog percuma daripada Blogspot.com sebagai platform perniagaan, Sabariah mula membangunkan blog niaga itu sejak Januari 2008 secara sambilan ketika masih lagi bekerja. Blog yang diberi nama Pikoshop ini boleh diakses melalui 
http://pikoshop.blogspot.com/.
.
Antara produk yang ditawarkan adalah tudung De Zahra dan produk penjagaan badan Victoria Secret. Jelas Sabariah lagi, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap produk jualannya meningkat berbanding dengan hari-hari biasa.
.
Selain itu katanya, permintaan turut bertambah pada musim cuti sekolah kerana ramai yang mahukan produk itu untuk dijadikan hantaran perkahwinan.

Seorang lagi ibu, Salha Md. Zain, 28, turut menjalankan perniagaan secara dalam talian dari rumah. Blog niaga miliknya, Salhazain.com telah beroperasi sejak tahun lalu. Dibangunkan hasil bantuan suaminya yang bertugas di sebuah agensi kerajaan, Salhazain.com menggunakan WordPress sebagai enjin blognya.

Produk utama yang ditawarkan ialah korset wanita keluaran Hai-O Marketing. Blog niaga itu turut menawarkan aneka kuih raya bersempena ketibaan Syawal tidak berapa lama lagi. Namun, bukan hanya pada Hari Raya Aidilfitri, kuih raya Salha turut mendapat permintaan sewaktu perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Jualan kuih raya menerusi Salhazain.com itu secara tidak langsung membantu ibunya yang sudah lebih 20 tahun berniaga kuih raya di Johor Bahru.
.
Menggunakan kaedah Online Banking sebagai kaedah pembayaran, Salha berpendapat kaedah itu sebenarnya memerlukan kredibiliti penjual, selain kepercayaan antara kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.
.
Menurut Salha lagi, pendapatan hasil jualan kuih rayanya boleh mencecah sehingga RM4,000 sebulan berdasarkan jualan tahun lalu. Jualan korsetnya pula mampu mencecah sehingga RM7,000.

Wan Rohani Wan Ismail, 30, berkongsi sebab yang sama dengan Sabariah kenapa dia bekerja dari rumah secara sepenuh masa. Sebenarnya, dia pernah bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat di salah sebuah badan berkanun dan pernah menjadi jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi.
.
"Anak-anak menjadi punca utama mengapa saya tekad untuk berhenti kerja sebagai jurutera pada April 2008 dan memulakan karier sendiri sebagai perunding insurans Takaful.
.
"Saya berjinak-jinak dengan perniagaan online sekadar untuk memenuhi masa terluang ketika berada di rumah. Akhirnya ia bertukar menjadi serius apabila saya mendapat permintaan daripada pelanggan. Pendapatannya juga agak memberangsangkan," ujarnya.
.
Blog niaga itu dibangunkan secara rasmi pada tahun 2009 semasa dia sedang sarat mengandung anak ketiga. Pada ketika itu, Wan Rohani banyak menghabiskan masa di rumah. Dia kemudiannya terfikir untuk meraih pendapatan sampingan, selain menjadi perunding insurans Takaful.

Blog milik Wan Rohani yang beralamat di http://comellotecollection.blogspot.com/ itu menawarkan pelbagai jenis pakaian kanak-kanak termasuk kasut.

Sungguhpun masih baru dalam dunia perniagaan Internet, dia mampu meraih lebih RM1,000 sebulan.
.
Bagi pemilik blog niaga Dechaqner, Liyana Zainal, 28, biarpun perniagaan itu baru dibangunkan beberapa bulan yang lalu secara sambilan, ia terbukti mampu menjana pendapatan tambahan. Menjadikan coklat sebagai produk jualan utama, Liyana mengusahakan pembuatan coklat itu bersendirian. 

Sumber Rujukan: http://usahawanbistari.blogspot.com/search/label/Perniagaan%20Online



Rahsia Menukar Hobi dan Kemahiran Menjadi Wang




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDkZPqli3LE6x1oZUBhTRUiXGrPb2v2oTfyXIkGoXWbsQ7v-AVz5XZ57kySLtupRassKM-ahvAdKBqrhs5h5nwct-hVysi5oaSuPOoEDyd4tls01LN0Wj9WbQVZNapFETwGb3YBPQ10eBZ/s320/medium6.jpg

Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat. Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila disuruh melakukan sesuatu yang tidak diminati. Sudah tentulah hasilnya tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak selesai.

Oleh itu tidak hairanlah jika anda dapat ramai orang sering bertukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut.
Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak perubahan yang berlaku.

Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya dalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati.

Bagaimana Menukar Hobi Dan Kemahiran Menjadi Wang?

Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tiada pengalaman.

Walau bagaimanapun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit.
Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung.

Jadikan Hobi Dan Kemahiran Sebagai Punca Pendaptan Dengan Menulis.

Contohnya :
·Jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.
·Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir.
·Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.
·Jika anda seorang mekanik, anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik.
·Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan yang dibukukan, mengadakan kertas kerja dan kursus.
·Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan berhemah.
·Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.

Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud di dalam diri sendiri. Rahsianya… Menjadikan Hobi & Minat Sebagai Peluang Perniagaan.


Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu, anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan.
Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba.

Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin.
Menjadi lebih kreatif supaya dapat mencari lebih banyak peluang menjana wang.






3 Kunci Utama Memulakan Blog Bisnes



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiV-uy2G7H5pUeTQkonDVT8HAk7ACgLO27JytkCmbis7eh138bO2jZc6Y99p5EEksfc0x5Y5eDvC-8WKX8CggIz4X0C3g39fwoEDvsl12ZC5KWwroYfQTsmXWxLmQzZ-xJKfNLDkc3UVW_5/s320/partners_topbar.jpg....

Anda pun patut memulakan satu blog. Blogging bukannya satu strategi bisnes semata-mata tetapi juga satu aktiviti yang sangat menyeronokkan!
.. 
Keindahan blogging ialah anda boleh selaraskan dengan jadual harian anda. Malahan anda boleh lakukan semasa dalam perjalanan. Tetapi apakah yang diperlukan untuk menjadi blogger yang benar-benar berjaya?
...
Pertama Kandungan Yang Hebat: Jika kandungan blog anda tidak menarik dan relevan dengan dengan sasaran pasaran anda, blog anda tidak akan menjadi. Ia semudah itu saja. Kadang kala anda akan terkejut, betapa mudah sebenarnya untuk mencari perkara-perkara untuk dituliskan jika anda benar-benar membuka minda untuknya. Ia mungkin berita-berita tentang industri anda, perkembangan produk, temu ramah, pandangan peribadi kepada topik yang penting untuk pengunjung anda dan banyak lagi.
...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLTJbQJAZe9gKhwUPk5y3xYItEWGZBagQUrIHIhiF0YOnn73bvXuIDUZuYMhYz9DNa9JpAkYmTv6Uh8v0upfwR_Q-qNMwX__H1BC0kZXmnZjLm8IceE_4q6fuWD5Bo8DzC5OwU2TWwB7qa/s320/blogging.jpg..

Kedua Kemas Kini Selalu: Saya tak menipu, betul: Ada hari-hari yang mana sukar untuk saya mencari masa untuk poskan artikel. Tetapi jika saya tak poskan, tiada siapa yang akan kembali mengunjungi. Ia umpama anda melanggan akhbar harian tetapi hanya mendapat salinan naskhah tersebut dihantar lagi dan lagi!
...
Jadi poskan selalu dan pengunjung anda akan datang kembali. Dan dengan kerap memasukkan kandungan yang baru dan segar ke blog anda juga memberikan ia penarafan yang lebih tinggi dalam kedudukan enjin carian.
...
Ketiga Suara Anda Sendiri: Adalah penting untuk anda menulis dengan suara anda sendiri. Blog bukanlah medan untuk tulisan rasmi atau percakapan bahasa korporat. Ia lebih kepada forum, satu tempat di mana idea boleh bercambah serta dikembangkan dan topik semasa boleh didebatkan dengan bebas. Anda tidak perlu menjadi seorang penulis yang hebat, anda hanya perlu kaitkan pengunjung anda berdasarkan topik dan berikan mereka isi kandungan yang bermanfaat.
..
Idea Terakhir
Unuk memulakan blog hanya memerlukan sepantas lima minit sahaja. Tentunya, memulakan dan mendaftar blog adalah bahagian yang mudah; menukarkan blog anda menjadi alat strategik yang dapat menarik trafik pengunjung dan jualan kepada bisnes online anda adalah perkara yang lain pula.
..
Membina blog yang benar-benar efektif bagi mempastikan orang ramai kembali semula lagi dan lagi memerlukan lebih daripada lima minit; ia memerlukan masa dan dedikasi bagi membina blog yang boleh membuat pengunjung datang kembali dengan lebih ramai lagi.


Mencari Keberkatan Dalam Perniagaan




Berniaga rezeki paling menguntungkan
.. 
Dalam mana-mana masyarakat, majoriti jutawan dan hartawan terdiri daripada golongan peniaga atau lebih popular dipanggil ahli perniagaan. Ahli perniagaan menguasai kekayaaan dan ekonomi negara, menjadikan mereka berpengaruh dan dihormati dalam masyarakat.
..
Berniaga adalah usaha mencari rezeki menguntungkan. Sebab itu, Islam amat menggalakkan agar umatnya menjadi peniaga untuk merebut peluang keuntungan itu.

Semasa Nabi Muhammad SAW berada di Madinah, didapati banyak orang kaya terdiri daripada golongan peniaga. Bahkan aktiviti ekonomi di Madinah dikawal sepenuhnya golongan Yahudi yang menjadi peniaga.
.
Bangsa Cina kuasai ekonomi
..
Di negara kita, bangsa Cina menguasai ekonomi Negara disebabkan majoriti bangsa itu menjadi peniaga. Bangsa Melayu seharusnya mempelajari daripada bangsa Cina bagaimana hendak menjadi peniaga yang berjaya.
..
Menyedari betapa penting bidang perniagaan, Nabi Muhammad SAW banyak memberi panduan atau hukum mengenai urusan perniagaan. Terdapat kira-kira 500 hadis yang memperkatakan mengenai perniagaan yang sebahagian besarnya menjelaskan bagaimana perniagaan perlu dilakukan mengikut kehendak syariat.
.. 
Antara hadis berkaitan perniagaan paling kerap dibaca ialah mengenai keuntungan terlibat dalam bidang perniagaan. Sabda Rasulullah bermaksud: 
Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari).
..
Berniaga bukan sekadar menguntungkan
..
Sebenarnya galakan menyertai bidang perniagaan bukan sahaja bermatlamat mencari keuntungan, sebaliknya perniagaan adalah aktiviti penting yang perlu diutamakan dalam kehidupan seharian manusia.
..
Peniaga membantu orang ramai mendapat apa yang diperlukan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Ekonomi dan kesejahteraan rakyat bergantung kepada urusan perniagaan. Sebab itu, kegiatan perniagaan dibenarkan ketika musim haji, sedangkan kegiatan lain tidak dibenarkan.
..
Hal ini membuktikan betapa pentingnya perniagaan dilakukan dilakukan bila-bila masa. Sekiranya aktiviti perniagaan dihentikan, seluruh sistem kehidupan manusia dengan sendirinya terhenti.
..
Peraturan dalam perniagaan
..
Islam menetapkan peraturan dalam urusan perniagaan bagi menjamin urusan berkaitan dengannya berjalan dengan lancar. Antara perkara yang ditekankan dalam perniagaan adalah keuntungan diperoleh semua pihak yang terlibat.
..
Dengan kata lain, keuntungan bukan sahaja di pihak penjual tetapi juga pembeli dan pihak lain. Jika diketahui akan ada pihak yang akan menanggung kerugian akibat urusniaga itu, maka hendaklah tidak diteruskan.
..
Antara perkara penting dalam urusan perniagaan adalah kejujuran dalam semua peringkat urus niaga. Kejujuran amat penting bagi mengelak berlaku penindasan.
..
Sistem kapitalis diharamkan Islam
..
Islam menolak system yang membenarkan peniaga memperoleh keuntungan berlebihan yang nyata memberi keburukan kepada pengguna seperti diamalkan sistem ekonomi kapitalis.
..
Spekulasi dan manipulasi berlaku dengan berleluasa dalam sistem ekonomi kapitalis yang sering kali menimbulkan keadaan tidak menentu dalam ekonomi.
.. 
Masalah harga petroleum dunia yang tidak stabil antara lain berpunca amalan spekulasi dan manipulasi yang diamalkan pembekal dan peniaga. Sikap tamak pihak yang terlibat dalam urus niaga petroleum itu memberi kesan ekonmomi yang besar kepada seluruh dunia.
..
Nilai kemanusiaan dan tolong menolong tidak dipentingkan dalam sistem ekonomi kapitalis. Masyarakat global berbangga dengan system kapitalis yang didakwa system terbaik yang membangunkan ekonomi mereka.
..
Sedangkan, system yang berteraskan nafsu itulah yang melahirkan masyarakat mementingkan kebendaan dan rosak akhlak.
..
Sistem sosialis penuhi matlamat
.. 
Sementara itu, system ekonomi sosialis menetapkan urusan perniagaan sebagai memenuhi matlamat kesamarataan dalam masyarakat. Semua urusan perniagaan berada dalam kawalan tangan pemerintah.
..
Dalam system sosialis, peniaga sekadar dianggap menjadi agen kepada pemerintah dalam menyediakan keperluan rakyat. Sistem ini diamalkan di negara yang mengamalkan fahaman komunis. Bagaimanapun, semakin banyak negara komunis mengamalkan pasaran terbuka berasaskan kapitalis.
..
Sebenarnya, urusan perniagaan bukan terhad membeli dan menjual barangan semata-mata. Bahkan, perniagaan juga meliputi penyediaan perkhidmatan, sewaan, pembuatan, pembinaan dan sebagainya.
..
Peniaga, pembeli saling memerlukan
..
Islam mebenarkan peniaga mendapat keuntungan atas perkhidmatan diberikan kepada pengguna. Peniaga memperuntukkan modal, kepakaran, fikiran, tenaga dan masa untuk tujuan itu. Berdasarkan perkhidmatan itu, peniaga berhak mendapat upah yang dipanggil untung.
..
Sesungguhnya antara pembeli dan peniaga saling memerlukan. Tiada peniaga tanpa pembeli dan tiada pembeli tanpa peniaga. Justeru, antara kedua-dua pihak perlu saling menghormati, menjaga hubungan baik dan memahami keperluan antara satu sama lain. Urus niaga perlu berjalan dalam suasana harmoni, selesa, selamat, berterusan dan memenuhi keperluan.
..
Sebaliknya, sikap rakus dan tamak, menyebabkan urus niaga dipenuhi dengan tipu daya dan penindasan.
..
Dalam hal ini bukan sahaja pengguna menjadi mangsa, bahkan peniaga sendiri terdedah kepada kerugian. Pengguna juga kadang kala bijak menipu peniaga.
..
Etika perniagaan
..
Etika utama yang patut diamalkan peniaga adalah jujur, amanah dan ikhlas. Peniaga sedemikian mendapat keuntungan daripada perniagaannya di dunia dan akhirat.
..
Sabda Rasulullah bermaksud: “Peniaga yang jujur akan bersama-sama nabi, siddiqin dan golongan mati syahid.” (Hadis riwayat Hakim dan Tirmizi).
..
Sebaliknya, peniaga yang melanggar etika, menjalankan perniagaan terkeluar daripada landasan ditetapkan Islam.
..
Kepentingan untuk memberi kepuasan kepada pengguna tidak lagi menjadi matlamat. Apa yang dilakukan mendapat keuntungan secara batil dan dusta. Mereka mengejar keuntungan dunia, sedangkan di akhirat kelakk bakal berdepan pembalasan maha pedih.
..
Cahaya keimanan tertahan daripada menyinari hati peniaga yang menafikan amanaah dalam perniagaan. Itulah yang berlaku selagi manusia bersikap tamak dan menolak janji Allah.
..
Firman Allah bermaksud : “Mereka itulah membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.”(Surah al-Baqarah, ayat 16)
..
Perniagaan ganti amalan riba
..
Perniagaan menggantikan amalan riba yang dijalankan berasarkan kepada penindasan dan mementingkan diri sendiri. Tetapi, perniagaan yang dijalankan dengan unsur penindasan dan penipun juga di sebahagian daripada perbuatan berbentuk riba.
..
Islam tidak mengiktiraf sebarang bentuk perniagaan yang tidak menepati etika ditetapkan syariat. Antara amalan yang menyebabkan urusan perniagaan menyerupai riba adalah peniaga menaikkan harga tidak munasabah sesuak hati.
..
Peniaga tidak beretika mengambil peluan mendapat keuntungan lebih tinggi dengan menindas pembeli. Pembeli yang terdesak memerlukan barangan atau perkhidmatan terpaksa membayar lebih biarpun mengetahui harga sepatutnya lebih rendah daripada itu.
..
Sikap pengguna yang sanggup bertolak ansur dalam perkara ini menyebabkan peniaga lebih mengambil kesempatan menindas pembeli. Kenaikan harga terlampau tinggi tanpa alasan munasabah menyalahi kontrak sosial atau hubungan baik antara peniaga dengan pembeli. Peniaga berasakan dirinya berkuasa penuh menentukan apa yang diingini.
..
Manipulasi harga
..
Dalam istilah perniagaan, sikap pengguna menaikkan harga sesuka hati atau memperdayakan tidak boleh dikawal. Peniaga dianggap permintaan meningkat disebabkan factor tertentu.
..
Dalam system ekonomi kapitalis, keadaan tersebut dibenarkan, bahkan mesti direbut oleh setiap peniaga. Peniaga dianggap bijak jika berjaya mewujudkan manipulasdi harga yang memberi keuntungan lebih kepada mereka.
..
Konsep yang dipegang adalah peniaga bebas menentukan harga berdasarkan kepada penawaran dan permintaan. Pergerakan barangan juga tidak boleh dikawal. Peniaga dianggap bebas untuk membawa keluar dan memasarkan barang di mana yang disukai biarpun tindakan itu akan menyebabkan sesuatu kawasan mengalami kekurangan bekalan dan menyusahkan pengguna.
..
Konsep inilah yang ditekankan dalam amalan perniagaan era globalisasi dan liberalisasi. Pergerakan bebas barangan tanpa memikirkan kesan kepada pengeluar, peniaga lain dan pengguna dianggap kehebatan globalisasi.

Sumber Rujukan:  http://usahawanbistari.blogspot.com/search/label/Mencari%20keberkatan%20dalam%20perniagaan