
1. Fikir berbeza
Slogan apple satu masa dulu adalah "Think Different". Slogan
yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.
Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita.
Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia
tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang
lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama
ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk
dan sebagainya.
Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana
menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti
iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!
2. Komunikasi dalam perniagaan
Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar
dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan
turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.
Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat
mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan,
komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan
bergantung kepada komunikasi yang efektif.
Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara
meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga,
dan penuh passion!
3. Keep it simple
Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan 'simplicity' dalam
hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang
menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya
dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli,
rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan.
Dengan menggunakan konsep 'simple', dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih
ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan
anda dalam pelbagai aspek.
No comments:
Post a Comment