Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya
dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang
menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang
sama.
...
Kajian menunjukkan terdapat beberapa
factor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang
keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:
..
..
·
Pengetahuan yang mendalam dalam
bidang yang diceburi
·
Keinginan yang kuat untuk berjaya
·
Berdisiplin dalam menguruskan
perniagaan
·
Memberi tumpuan dalam perniagaan
·
Mempunyai pasukan pengurusan yang
cekap
·
Membentuk jaringan perniagaan yang
luas

...
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenal pasti adalah:

Kurang memahami bidang perniagaan
yang diceburi
·
Terlalu cepat mempelbagaikan
perniagaan
·
Terlalu bergantung kepada satu atau
dua pelanggan
·
Mempunyai pasukan pengurusan yang
lemah
·
Tidak dapat bersaing kerana kos yang
tinggi
...
Syarat yang terpenting untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu perniagaannya dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan.

... ...
Ilmu tentang perniagaan perlu
dipecahkan kepada dua peringkat iaitu mengenai industri secara umum dan
mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara khusus. Pengetahuan
dan kemahiran tentang mengurus perniagaan pula melibatkan pengetahuan tentang
aspek-aspek pengurusan kewangan, pemasaran, jualan dan khidmat selepas jualan,
pengeluaran dan sumber manusia. Tidak kurang penting juga ialah pengetahuan
tentang keperluan–keperluan perundangan supaya perniagaan tidak dapat
dijalankan dengan teratur.
...
Kesimpulan yang kedua ialah seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang boleh menjadikannya berdisiplin, cekal serta sentiasa memikirkan sesuatu untuk terus berdaya saing dan berdaya maju. Ciri-ciri ini mungkin atau secara semula jadi pada usahawan atau perlu diperolehi dan dibentuk. Usahawan sendiri yang perlu menentukan sama ada beliau ingin memiliki ciri-ciri ini atau tidak.

Kita dapat melihat bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan itu sendiri. Faktor-faktor ini terletak pada kemampuan usahawan untuk mengawal dan memperbaikinya. Oleh itu dalam keadaan biasa, usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menemui kegagalan. Usahawan hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki apa juga kelemahan yang ada.

Akhirnya, walau apa juga
diperkatakan, kaedah mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan adalah sama
seperti mengejar kecemerlangan dalam apa jua bidang lain. Tiada jalan ringkas
dan pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun.
Sumber Rujukan: http://usahawanbistari.blogspot.com/2008/07/faktor-kejayaan-dan-kegagalan-usahawan.html

No comments:
Post a Comment