Cukupkah jika sekadar ada minat yang
mendalam dan semangat juang yang tinggi untuk menyernpurnakan impiannya itu?
.
Mampukah hobi itu dikomersialkan dan
bagaimana untuk mengekal perniagaan itu?
.
Ikuti pandangan pakar perunding
kewangan dan beberapa orang yang memulakan perniagaan bermula dari hobi.
Menurut Perunding Kewangan, Sunthara Segar, setiap individu yang ingin memulakan
bisnes berasaskan hobi periu memahami ruang lingkup perniagaan yang akan mereka
ceburi itu.
.
Perkara utama yang perlu mereka
lakukan adalah membaca buku berkaitan perniagaan dahulu, bagaimana menguruskan
perniagaan dari peringkat mula sampai ke akhir iaitu tahap di mana bisnes boleh
dijual kepada pihak ketiga dengan keuntungan berlipat ganda.
.
Sekiranya mereka berhasrat ingin mengkomersialkan perniagaan berasaskan hobi itu, mereka tidak seharusnya memandang enteng soal kewangan bisnes. Setiap bisnes mempunyai dua jenis punca rezeki.
Sekiranya mereka berhasrat ingin mengkomersialkan perniagaan berasaskan hobi itu, mereka tidak seharusnya memandang enteng soal kewangan bisnes. Setiap bisnes mempunyai dua jenis punca rezeki.
.
Yang pertama dari keuntungan harian
atau bulanan. Yang keduanya dari niiai jualan semula di satu masa nanti. Nilai
jualan hilah yang bakai menjadikan wanita bersara awal jika dia mahu.
.
Persoalannya adakah dalam keadaan
ekonomi yang suram ini memberi rnanfaai kepada mereka untuk memulakan satu
bisnes yang baru?
.
Keputusan memulakan bisnes ini
sememangnya akan memberi manfaat dari segi kepuasan peribadi tetapi dari segi
praktikal mereka periu membuat kajian tentang dua perkara berikut.
.
Pertama jika memulakan bisnes
sekarang apakah pasaran bersedia menerimanya. Kedua. kalau mereka memulakan
bisnes itu larnbat iaitu menanti sehingga ekonomi RM1000, tidak salah untuk
terus memulakan perniagaan sebab risiko hangus modal pun kecil sahaja.
.
Walau bagaimanapun, setiap peniaga perlu menguasai teknik pemasaran sama ada secara internet (online) ataupun offline secara tradisi. Sebagai makluman, saluran pemasaran yang aktif akan membawa kepada hasil jualan yang mantap dan ia juga akan memastikan aliran tunai perniagaan sentiasa sihat. Hal ini dapat diperoleh sekiranya mereka mengawal perniagaan dengan ketat.

Pengetahuan menguruskan aliran wang
keluar-masuk juga perlu diketahui. Wajib bagi mereka menyimpan rekod kewangan harian
secara manual yang dicatatkan di atas sekeping kertas atau perisian. Rekod ini
mustahak untuk disimpan dengan teliti. la akan berguna kepada mereka apabila
hendak memohon pinjaman untuk membesarkan perniagaan.
.
Sememangnya peluang untuk memulakan perniagaan berasaskan hobi ini begitu luas dan hanya dibatasi oleh imaginasi dan minda sahaja. Sebagai contoh, baru-baru ini syarikat televisyen tempatan telah menyiarkan kisah perniagaan kuih lapis Sarawak yang bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2008. Berkat kegigihan pengusahanya, perniagaan itu kini berjaya membawa keuntungan hingga setengah juta.

Walau bagaimanapun, bukan semua
perniagaan berasaskan hobi itu berjalan dengan mudah. Ada beberapa rintangan
dan halangan yang perlu dihadapi oleh pengusaha itu sendiri. Misalnya tiada
pasaran, bekalan tidak mencukupi, masalah kewangan dan sebagainya. Ada kalanya
masalah-masalah begini membuatkan pengusaha patah hati dan tidak dapat bertahan
untuk meneruskan perniagaannya.
.
Apa yang perlu mereka lakukan jika
berhadapan dengan masalah begini?
.
Jawapannya bergantung kepada kekuatan
personaliti dan minda mereka. Selalunya usahawan mempunyai sikap tidak mengalah
yang tinggi. Jadi tanya pendapat usahawan lain dahulu.
.
Boleh juga berunding dengan pihak
bank untuk mendapat suntikan kewangan. Membaca buku- buku motivasi seperti
kisah kejayaan orang-orang yang telah berjaya juga membantu. Namun, elakkan
mendengar berita-berita suram mengenai bisnes ini. Jika tidak berjaya, cuba
pula dengan kaedah lain.
.
Dalami Ilmu berkaitan Hobi
Dalami Ilmu berkaitan Hobi
.
Jika boleh daftarkan diri dan ikuti aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab hobi berkaitan dan berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda. Internet memberi ruang informasi yang paling cepat dan padat. Justeru, cari mengenai hobi itu di dalam internet, membaca secara percuma di perpustakaan atau membeli di kedai buku.

Jika anda seorang yang rajin
berjalan, cuba melawat "flea market" kerana di situ ada gerai-gerai
yang menjual produk berasaskan hobi. Antara perniagaan berasaskan hobi yang
boleh mereka usahakan adalah penjagaan bayi, kanak-kanak ataupun program
perkembangan kanak-kanak, fotografi seperti fotografi laut, tanaman pokok
bonsai, ukiran-ukiran seperti lilin dan kayu dan merakam video pendek.
.
Pasti ketika ini anda sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan dengan hobi yang ada. Anda juga mula berfikir pasti hobi andalah yang paling sesuai untuk dijual di pasaran pengguna.
Pasti ketika ini anda sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan dengan hobi yang ada. Anda juga mula berfikir pasti hobi andalah yang paling sesuai untuk dijual di pasaran pengguna.
.
Tunggu dulu!
Anda perlu tahu apakah pasaran
tersebut. Sebab jika ada pasaran tentu ada permintaan untuk produk. Masalahnya
ialah adakah usahawan tahu apa sebenarnya produk yang didambakan pasaran
tersebut. Jadi apa saja hobi yang mempunyai pasaran yang lapar ialah hobi yang
paling sesuai.
.
Satu ingatan kecil dari saya ialah
bila hobi dijadikan bisnes ada kemungkinan unsur "keseronokan" akan
hilang kerana mengurus bisnes memang ada tekanan. Jadi pandai-pandailah buat
keputusan.
Sumber Rujukan: http://usahawanbistari.blogspot.com/search/label/Cara%20Menukar%20Hobi%20Kepada%20Bisnes
Sumber Rujukan: http://usahawanbistari.blogspot.com/search/label/Cara%20Menukar%20Hobi%20Kepada%20Bisnes
No comments:
Post a Comment