Orang yang telah berjaya membina
kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka
melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat. Bayangkan bagaimana perasaan anda
apabila disuruh melakukan sesuatu yang tidak diminati. Sudah tentulah hasilnya
tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak selesai.
Oleh itu tidak hairanlah jika anda
dapat ramai orang sering bertukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai
melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut.
Ada juga sebilangan besar orang yang
melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan
kehidupan mereka tidak banyak perubahan yang berlaku.
Oleh itu, jika anda mahu terus
berjaya dalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya
yang anda minati.
Bagaimana Menukar Hobi Dan Kemahiran
Menjadi Wang?
Contohnya untuk berniaga, anda
mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar
untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tiada pengalaman.
Walau bagaimanapun perkara itu boleh
dipelajari sedikit demi sedikit.
Malah anda boleh menjadikan apa-apa
sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung.
Jadikan Hobi Dan Kemahiran Sebagai
Punca Pendaptan Dengan Menulis.
Contohnya :
·Jika
anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis
buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan
makanan.
·Jika
anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan
kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan
kursus jahitan secara pos atau hadir.
·Jika
anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden,
mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan
pengurusan.
·Jika
anda seorang mekanik, anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video
mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika
anda seorang juruletrik.
·Jika
anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan
teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan yang dibukukan,
mengadakan kertas kerja dan kursus.
·Jika
anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan
sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan
berhemah.
·Jika
anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan,
mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan
dan sebagainya.
Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah
wujud di dalam diri sendiri. Rahsianya… Menjadikan Hobi & Minat Sebagai
Peluang Perniagaan.
Walaupun anda seorang tukang cat atau
tukang kayu, anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui
kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan.
Peluang sentiasa ada bagi mereka yang
mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu
mencuba.
Memang tiada jalan mudah untuk
mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin.
Menjadi lebih kreatif supaya dapat
mencari lebih banyak peluang menjana wang.
No comments:
Post a Comment